Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 21 Ogos 2017
Versi 8.0.2
 
PIAGAM PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Kementerian Kerajaan Tempatan

1.         Semua tuntutan bayaran diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja untuk  pembayaran Jabatan Perbendaharaan.

 

2.         Kerja-kerja penilaian dan pengesahan ke atas semua pegangan berkadar kecuali rumah kediaman dan rumah kedai yang mempunyai “Occupation Permit”, rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am dilaksanakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang REF. dari Pegawai Penilaian.

 

3.         Pengesahan Nilai Tahunan ke atas pegangan berkadar di bawah kategori rumah kediaman dan rumah kedai yang mempunyai “Occupation Permit”, rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan salinan Nilaian Tahunan Borang S.N. dari Pihak Berkuasa Tempatan.

 

4.         Lapan puluh lima peratus (85%) jumlah projek pembangunan yang diluluskan untuk PBT siap dilaksanakan dalam tahun semasa.

 

5.         Minit Mesyuarat Kementerian hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja setelah bermesyuarat.

 

6.         Sekurang-kurangnya sembilan puluh lima peratus (95%) pegawai Gred 27 dan ke atas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun.

 

7.         Semua Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) cadangan program pembangunan komuniti dalam tahun semasa.

 

8.         Buku baru hendaklah diagih dan diterima oleh Perpustakaan Awam utama PBT dalam masa dua (2) bulan dari tarikh penerimaan di Unit Sirkulasi.

 

9.         Setiap PBT dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya lapan puluh peratus (80%) tahap pencapaian kecekapan penguatkuasa.

 

Piagam Pelanggan Pihak Berkuasa Tempatan


1.         Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

 

2.         Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

3.         Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.

 

4.         “Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

 

5.         Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

 

6.         Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.

 

7.         Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan.

 

8.         Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.

 

9.         Keputusan permohonan lesen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.

 

10.       Bil cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun.

 

11.       Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.

 

12.       Sekurang-kurangnya 95% pegawai Gred 22 dan ke atas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun.

 

13.       Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) dalam tahun semasa.

 

14.       Sekurang-kurangnya lapan puluh lima peratus (85%) jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.