Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Okt 2017
Versi 8.0.2c
 
Tentang KamiTentang Kami

 


 

MAJLIS DAERAH MARADONG DAN JULAU merupakan sebuah agensi Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di Lot No.1 Binatang Land District (Meradong), Bintangor beralamat di Jalan Mahkamah, Peti Surat No.4, 96507 Bintangor,  Daerah Meradong, Sarawak.

 

MAJLIS DAERAH MARADONG DAN JULAU telah melalui empat[4] kali pertukaran nama sejak penubuhannya. Pertukaran tersebut telah berlaku pada 1 November, 1981 di bawah Perintah (Penstrukturan Semula Majlis-majlis Tempatan) Kuasa Tempatan, 1981 dan seterusnya, di bawah Perintah-perintah (Pertukaran Nama) Kuasa Tempatan pada Tahun 1984, 1985 dan 1990.

 

Urutannya adalah seperti berikut:-

 

 

Nama Lama

Nama Baru

Tahun

Majlis Daerah Binatang

Majlis Daerah Binatang /

Julau

1981

Majlis Daerah Binatang / Julau

Majlis Daerah Meradong dan Julau

1984

Majlis Daerah Meradong dan Julau

Majlis Daerah Meradong

1985

Majlis Daerah Meradong

Majlis Daerah Maradong dan Julau

 

1990

 

Struktur dan Kawasan Bidangkuasa Pentadbiran

MAJLIS DAERAH MARADONG DAN JULAU dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Binatang/Julau di awal pembentukan pada 1 November 1981 di bawah Ordinan 3/77 Kuasa Tempatan (Pindaan). Dengan berkuatkuasa Ordinan dan penstrukturan semula tersebut, kaunselor-kaunselor yang dilantik terdahulunya telah ditukar kepada kaunselor-kaunselor baru yang dilantik semasa penstrukturan semula Majlis-Majlis Tempatan. Serentak dengan perubahan dan penjelmaan rupabentuk dan struktur baru, Majlis Daerah Binatang/Julau yang baru tersebut telah menggabungkan Daerah Binatang[pada ketika itu sekarang Meradong(Bintangor)] dan Daerah Julau. Sehubungan itu, Majlis Daerah Binatang /Julau telah menggantikan Majlis Daerah Binatang pada ketika itu. Keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis di dalam Bahagian Sarikei merangkumi keluasan lebih kurang 3,712.13 km persegi. Keluasan kawasan ini adalah terdiri daripada Daerah Meradong seluas 1,083.78 km persegi dan Daerah Julau dengan keluasan *2,628.35 km persegi[meliputi Daerah Kecil Pakan]. (Daerah Julau dahulunya adalah di bawah bidangkuasa pentadbiran Majlis Daerah Kanowit.) Meskipun terjadi perubahan besar dalam penubuhannya, penstrukturan semula dan penggabungan ini, namun ia tidak sedikit pun megubah kuasa pentadbiran Majlis ke atas tugas serta tanggungjawab rutin harian bagi penyelenggaraan jalan raya, pungutan sampah-sarap, dan sebagainya, walaubagaimanapun jumlah isipadu tanggungan Majlis telah bertambah.

 

Daerah

Jumlah Penduduk

 

Keluasan

Meradong

29,441 orang

719.00 km persegi

Julau

15,816 orang

1,703.39 km persegi

Pakan

                             15,480 orang          924.96 km persegi

Sumber Bancian Penduduk pada Tahun 2010.