Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 20 Sept 2017
Versi 8.0.2c
 
Perutusan PengerusiPerutusan Pengerusi

[ Perutusan < Perutusan Pengerusi ]

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung,


Dengan segala hormatnya, saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Maradong dan Julau ini.  Saya amat mengharapkan semoga segala fakta yang terdapat di dalam laman web Rasmi Majlis ini dapat memberi maklumat tambahan mengenai fungsi Majlis dan komitmen pihak Majlis kepada semua dan seterusnya mampu memberi maklumat mutakhir Majlis ini dari semasa ke semasa.

Pada abad ini, keperluan dan kepentingan di dalam memahami IT amat penting kepada semua kakitangan di dalam sesebuah perkhidmatan awam. Oleh itu, dengan adanya laman web rasmi Majlis ini, ia mampu mewujudkan satu bentuk pembangunan kendiri terutama sikap seseorang pegawai untuk bersedia menerima sesuatu perubahan, kemajuan diri dan seterusnya mampu mewujudkan kelainan sesebuah Badan Pihak Berkuasa Tempatan dari sudut yang positif.

Di sini juga, saya berharap dengan adanya kemajuan kendiri selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini, usaha kerajaan di dalam mewujudkan 'E-Government' tercapai sepenuhnya.

Oleh itu, saya menyeru kepada pegawai-pegawai supaya menanam minat dan kesedaran dalam bidang teknologi maklumat yang akan mengubah cara kita berkomunikasi.  Kini maklumat berada di hujung jari, terpulanglah kepada kita memilih perubahan yang dikehendaki dan bersedialah di dalam menghadapi dunia Globalisasi dan Dunia Baru ini.

Sekian, terima kasih.


'BERSATU BERUSAHA BERBAKTI'

"AN HONOUR TO SERVE"

 

 

(EN HARON BIN MAHIDI)
Pegawai Daerah Meradong,

Merangkap Pengerusi,

Majlis Daerah Maradong dan Julau.

 

                                                  'ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN KEUTAMAAN KAMI'